+A | batal | -A
   

Lokasi: Peristiwa/Aktiviti Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 1/2013

Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 1/2013

Mesyuarat tersebut telah diadakan bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, Terengganu pada 17 hingga 19 April 2013. Mesyuarat telah dihadiri seramai 65 orang yang terdiri daripada semua pegawai penyelaras alam sekitar dari setiap JKR cawangan di ibu pejabat JKR Malaysia, JKR negeri dan juruaudit-juruaudit ISO 14001:2004 dari seluruh negara. Di samping bermesyuarat, beberapa program yang telah diadakan termasuklah lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Mahmud TNB di Kenyir, Terengganu bertujuan pendedahan berkaitan pengurusan alam sekitar semasa peringkat pelaksanaan dan operasi, keberkesanan pembinaan Taklimat berkaitan pengurusan fauna iaitu “Animal Viaduct” dan pembentangan Pengemaskinian EMS JKR EMS 14001:2004. Diharap program yang telah diadakan di sepanjang sesi mesyuarat ini berlangsung dapat mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kompetensi di kalangan mereka yang terlibat.

Tarikh Kemaskini: 02-12-2013 03:56 pm Hits = 938400

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel