Submitted by adminjkr on Mon, 08/12/2014 - 12:00am
English
Sukacita dimaklumkan bahawa siaran iklan Bahagian Kejuruteraan Cerun berdurasi 60 saat di bawah “Program Kesedaran Awam Dan Pendidikan Tanah Runtuh Serta Keselamatan Cerun” akan disiarkan bermula 6 Disember (Sabtu) sehingga 31 Disember 2014 (Rabu) melalui slot komersial TV1 dan TV2 di RTM. Jadual penyiaran adalah seperti yang dilampirkan untuk rujukan Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan/Cik sekalian.
Submitted by adminjkr on Wed, 03/12/2014 - 12:00am
English
Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP) pelbagai disiplin di JKR telah menetapkan kriteria pemilihan perunding bagi pelbagai disiplin. Ianya bertujuan bagi memudah dan menyeragamkan proses perlantikan perunding yang kompeten bagi kelancaran pelaksanaan projek-projek JKR.
Kriteria tersebut boleh dirujuk di Laman Web Rasmi JKR di bawah Menu INFO KONTRAK > Perkhidmatan Perunding > Kriteria Pemilihan Perunding.
Submitted by adminjkr on Mon, 24/11/2014 - 12:00am
English
Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada 17 dan 18 November 2014 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia yang mana beliau diwakili oleh Tuan Haji Sarani Bin Dollah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya Malaysia.