Date: Friday, February 14, 2025

Sesi Roadshow Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 08 telah diadakan pada 12-13 Februari 2025 di Auditorium Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Seramai 137 orang peserta telah hadir dalam taklimat ini termasuk Jurutera Daerah, Penyelaras SPB Negeri/Daerah dan semua Pegawai Teknikal di peringkat Negeri dan Daerah. Program ini  turut disertai dengan 7 orang penceramah dari  semua sistem ISO dan dibantu oleh Urusetia Induk  dari Bahagian Pengurusan Kualiti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK).

Turut hadir dalam merasmikan sesi Roadshow  ini adalah Pengarah JKR Kedah iaitu YBhg. Ir. Mohd Fisal bin Ismail, BCN. Dalam pada itu, segala kemudahan fasiliti di dewan Auditorium ini telah disediakan dengan kerjasama erat  dari  Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU).

Secara ringkasnya,  taklimat Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Zon Utara pada kali ini adalah melibatkan kelima-lima sistem ISO di JKR Malaysia ini iaitu:

  1. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015
  2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) MS ISO 14001:2015
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018
  4. Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) MS ISO 50001:2018
  5. Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016

Taklimat SPB ini dilihat berupaya menyampaikan informasi terkini mengenai Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) dan turut memberi pendedahan umum terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Keluaran 08 kepada peserta-peserta yang terlibat.

Adalah diharapkan agar program sebegini akan dapat menambah dan meningkatkan lagi kefahaman Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) keluaran 08 di kalangan warga kerja JKR sekaligus ianya dapat merealisasikan budaya kualiti dalam tatakelola pengurusan pejabat mahupun projek di JKR Malaysia ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat