SEMINAR KECEKAPAN TENAGA, PROJEK PENYELIDIKAN KOLABORASI JKR & UiTM.
Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Tarikh : 13 hb Ogos 2015 ( Khamis )
Seminar Kecekapan Tenaga adalah hasil daripada Projek Penyelidikan JKR –UiTM. Projek ini telah dibiayai oleh dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membuat kajian kecekapan tenaga dan meraikan Ahli Pasukan Projek Penyelidikan. Projek penyelidikan ini adalah Kolaborasi antara Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hasil persetujuan kedua-dua belah pihak telah diterjemah ke dalam bentuk Memorandum Persetujuan (Memorandum of Agreement) yang bertajuk “Optimal Capacitor Placement and Sizing with Autotransformerfor Energy Saving of Saving of Several Government Buildings in Selangor”. ( 2012- 2015 ) yang telah ditandatangani oleh mantan Ketua Pengarah JKR Malaysia dan Canselor UiTM iaitu Yg Berbahagia Dato`Seri Ir. Hj Mohd Noor Bin Yaacob dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Objektif projek penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan tenaga di dalam sistem pengagihan tenaga elektrik di bangunan pejabat kerajaan dan memberi kesedaran kepada pengguna mengenai pentingnya pendekatan penjimatan tenaga.
Lokasi Projek Kolaborasi Penyelidikan ini adalah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Seminar Keecekapan Tenaga ini bertujuan sebagai platform untuk berkongsi pengetahuan dengan semua pegawai dan kakitangan JKR serta pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti dan Agensi yang berkepentingan mengenai hasil kajian, keputusan, kaedah perlaksanaan dan penemuan daripada Projek Kolaborasi Penyelidikan JKR-UiTM ini. Selain daripada itu, ianya meningkatkan lagi keupayaan JKR dan UiTM dalam memberikan perkhidmatan perundingan dan pengurusan projek untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pengurusan tenaga.
Produk daripada Projek Kolaborasi Penyelidikan adalah penghasilan Buku Kajian Kecekapan Tenaga di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz berkonsepkan ` artificial intelligence ‘ .
Penghasilan buku ini adalah terjemahan daripada hasil projek kolaborasi penyelidikan yang meliputi skop berikut :
?Auditan tenaga
?Kajian penyelidikan
?Analisis dan Simulasi menggunakan perisian MATLAB® dan SIMULINK® berdasarkan data yang diambil pada sistem agihan tenaga elektrik bangunan SSAAS.
Kajian penyelidikan, analisis dan simulasi yang dilakukan adalah untuk menentukan tetapan voltan, lokasi dan saiz kapasitor yang optimum menggunakan teknik “optimization based on artificial intelligence approach” bagi menambah baik kecekapan tenaga di bangunan SSAAS serta mengurangkan kehilangan kuasa.
Seminar ini dirasmikan oleh : YBhg Pengarah Kanan Caw. Kej Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia
Ucapan Aluan oleh : Ir Mat Nasir Bin Kari : Setiausaha Bahagian. MKN, JPM
Tetamu jemputan terdiri daripada : Wakil UiTM, Caw. Kerja Kesihatan HKL, Suruhanjaya Tenaga, KeTTHA, Malaysia Green Technology, Wakil-wakil Caw. Pakar, Ketua Jurutera Elektrik Negeri dan pelajar-pelajar Universiti.
Terdapat 4 Pembentangan Kertas kerja di Seminar ini :
Pembentangan Kertas Kerja 1 :
Introduction of Research Collaboration in Energy Efficiency between JKR and UiTM
oleh Prof.Madya Dr. Muhammad Murtadha Bin Othman
Pembentangan Kertas Kerja 2 :
Research Method oleh Muhd Azri Abdul Razak
Pembentangan Kertas Kerja 3 :
Result and Discussions oleh Mohd Ainor Yahya
Pembentangan Kertas Kerja 4 :
Project Achievements oleh Ir. Zilaila Binti Hj. Zakaria
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Ogos 2015
(Sumber berita dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia)






- 1155 reads