YBhg. Datuk Ir Hj Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah JKR bersama Pengurusan Tertinggi JKR Malaysia telah mengadakan mesyuarat jalinan murni JKR bersama KKM, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Chen Chaw Min pada 17 Ogos 2015 jam 12 tengahhari di Bilik Gerakan KKM. Mesyuarat ini membincangkan inisiatif pelaksanaan JKR dengan KKM terutamanya di dalam menyelaraskan projek pembangunan fasiliti kesihatan di bawah RM Ke-11.

 

Diharap dengan program Jalinan Murni ini dapat melancarkan lagi perjalanan projek-projek pembangunan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.JKR Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kerana sudi menjayakan Mesyuarat Jalinan Murni ini.