English

Sesi Auditan bermula pada 8 April 2013 di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pengurusan, Sektor Pakar, Sektor Bisnes), Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan, Penyelaras SPK Cawangan dan pasukan pengiring cawangan. Manakala Mesyuarat Penutupan Audit berlangsung pada 12 April 2013 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pengurusan), YBhg. Dato' Ir. Annies Bin Md Ariff.

Hasil daripada kerja-kerja auditan yang dilaksanakan,  pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd.telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan Laporan Ketaakuran (NCR).  Walau bagaimana pun sebanyak dua belas (12) Peluang Penambahbaikan (OFI) telah dikeluarkan oleh pihak Auditor SIRIM. Pecahan OFI adalah seperti berikut:
 

Cawangan Bil. OFI
 Cawangan Keselamatan (CKS)  3
 Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan (CKUB)  4
 Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi (CPPT)  1
 Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim (CPUM)  4


Kesimpulan yang dibuat oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi sesi auditan tahun ini ialah Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia diteruskan dengan Pindaan Skop bagi Site 15 (Cawangan  Pengurusan Projek Kompleks) iaitu Perkhidmatan Perundingan Kajian Amalan Terbaik Di Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sehubungan dengan ini, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor Bin Yaacob dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Pengurusan), YBhg. Dato' Ir. Annies Bin Md Ariff selaku Wakil Pengurusan merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua warga JKR Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia  yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada sesi auditan tahun ini dan mengucapkan SYABAS di atas komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua staf sehingga selesai auditan dilaksanakan.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Disediakan Oleh :
Urus Setia SPK
Bahagian Pengurusan Kualiti, CPK

16 April 2013.

Related Posts