English
JKR Daerah Besut Terima Persijilan Semula Kali Ke-2 Amalan 5S
 
Isnin, 15 Disember 2014- JKR Besut, secara rasminya layak dan disyorkan untuk mendapat Persijilan Semula Kali Ke-2 Amalan 5S. Keputusan tersebut diumumkan oleh Juruaudit 5S daripada Perbadanan Produktiviti Negara (MPC) Puan Muhaslizawati binti Mohd Bakri,  selepas menjalankan audit di JKR Besut yang berlangsung pada hari ini.
Lebih membanggakan lagi, persijilan yang diterima JKR Besut adalah Persijilan 5S Tanpa Syarat. 
 
Audit persijilan dimulakan dengan kata-kata aluan dan perbentangan slaid Amalan 5S oleh Jurutera Daerah, Puan Maria Binti Marcus. Sesi audit berlangsung dengan Audit Zon 5S dan disusuli dengan Audit Dokumentasi. 
 
Juruaudit melawat setiap zon bagi memastikan perlaksanaan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan dikalangan kakitangan dan pengurusan JKR Besut. Setelah juruaudit MPC berpuashati dengan audit yang dijalankan, pada mesyuarat penutup jam 4.15 petang, JKR Besut telah dianugerahkan Persijilan Semula Kali Ke-2 Amalan 5S. Hasil audit mendapati semua zon di  JKR Besut komited dan Berjaya melaksanakan amalan 5S dan secara keseluruhan layak menerima Persijilan Amalan 5S.
Pelaksanaan Amalan 5S telah memberi impak yang besar kepada jabatan dan kakitangan JKR Besut. Impak pelaksanaan Amalan 5S ini dapat dipecahkan kepada 4 kategori utama iaitu pengurangan kos, penjimatan masa, mengurangkan pembaziran dan juga indek  kepuasan kakitangan/pelanggan meningkat.

Related Posts