English

AUDIT PENSIJILAN EnMS MS ISO 50001:2011 BAGI KOMPLEKS JKR MALAYSIA PADA 8 HINGGA 10 APRIL 2015 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL

 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya Malaysia kini telah melangkah setapak lagi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga. Sistem Pengurusan Tenaga ini merupakan sistem yang mematuhi piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia iaitu MS ISO 50001:2011. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga di JKR Malaysia dapat meningkatkan penjimatan dan kecekapan penggunaan tenaga bangunan dan akan menjadi perintis kepada bangunan-banguna kerajaan lain. Bangunan yang terlibat bagi tujuan pensijilan ini adalah Kompleks JKR Blok A(lama), B(lama), C(lama), D, E dan F.
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa lawatan audit SIRIM akan diadakan pada ketetapan berikut :
 
                   Tarikh : 8 – 10 hb April 2015
                   Lokasi : Kompleks JKR Blok A, B, C, D, E dan F
                   Masa   : 8.00 pg – 5.00ptg
 
Antara cawangan-cawangan yang terlibat dalam auditan ini adalah Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga, Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan Cawangan Dasar Pengurusan Korporat. Sehubungan itu, jasa baik YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat bersedia dalam menghadapi lawatan pihak auditor SIRIM.
 
Sekian, terima kasih
 
Urusetia EnMS
b/p : Pengarah Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga

Related Posts