English

Kerja-kerja yang terlibat adalah menroboh jejambat sedia ada, kerja tanah, pengalihan utiliti, pembinaan cerucuk jejambat, pembinaan tembok penahan tanah dan pelancaran rasuk jejambat.

Pengguna jalan raya diminta mengambil maklum tarikh dan waktu penutupan sementara ini dan merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan di laluan berkenaan.

Pelan Pengurusan Trafik akan dilaksanakan dengan bantuan PDRM dan pengguna jalan raya perlu mematuhi kesemua papan tanda arah yang disediakan untuk menghindarkan sebarang gangguan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan laluan alternatif berikut:

  • Laluan Alternatif 1

Melalui Jalan Vantooran (FT103) menuju Jalan Kem dan melalui Lebuhraya Pulau Indah (FT181) menuju Pelabuhan Barat.

  • Laluan Alternatif 2

Melalui Lebuhraya Selat Klang (E30) kemudian susur ke Lebuhraya Persekutuan (FT002) dan melalui Persiaran Sultan Ibrahim (FT002). Susur masuk ke Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (FT005) seterusnya di Jalan Langat (FT005). Susur masuk ke Lebuhraya Shah Alam (E5) dan terus ke Lebuhraya Pulau Indah (FT181) menuju Pelabuhan Barat.

  • Laluan Alternatif 3

Melalui Lebuhraya Selat Selat Klang (E30) kemudian susur ke Lebuhraya Persekutuan (FT002), susur masuk ke Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (E13). Seterusnya menuju ke Lebuhraya Shah Alam (E5) dan masuk ke Lebuhraya Pulau Indah (FT181) menuju ke Pelabuhan Barat.

JKR Malaysia memohon maaf sekiranya berlaku kesulitan disebabkan penutupan sementara laluan ini.

Sekian, terima kasih.

Related Posts