English
 
Bismillahirrahmanirrahim,
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,
 
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
 
Alhamdullilah dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, warga JKR Malaysia dapat menyambut kedatangan bulan Syawal 1435H setelah bermujahadah melaksanakan ibadat puasa sepanjang bulan Ramadan. 
 
Ibadat puasa ini mendidik kita bukan sahaja untuk mengekang hawa nafsu tetapi menjadikan kita insan yang lebih prihatin terhadap nasib mereka yang dilanda kekurangan serta kesempitan hidup.
Justeru, marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT serta menginsafi penderitaan mereka yang kurang bernasib baik, bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia.
 
Teruskanlah bersedekah kerana dengan menghulurkan bantuan, kita dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam seperti yang dituntut dalam agama.
 
Sempena Aidilfitri ini juga, teruskan tradisi rumah terbuka yang menjadi amalan kita selama ini. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah kita untuk menerima kunjungan ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai tanpa mengira agama dan bangsa di hari yang mulia ini.
 
Saya juga menyeru agar aspek keselamatan diberi penekanan sepanjang musim perayaan ini terutamanya di tempat kediaman dan pejabat masing-masing. Pada masa yang sama, saya juga berharap seluruh warga JKR yang membawa kenderaan agar berhati-hati di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.
 
Akhir kata, saya dan juga keluarga menyusun jari memohon kemaafan di atas sebarang kesilapan. Semoga seluruh warga JKR dapat menyambut hari dan bulan kemenangan ini dengan penuh kegembiraan. 
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd.
 
WabillAahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.
 

Related Posts