English
Seminar On Strategic Asset Management Planning anjuran Bahagian Perundingan Pengurusan Aset telah berlangsung pada 16 April 2015 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia.
 
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada kakitangan kerajaan terhadap kepentingan Asset Management Planning dalam Pengurusan Aset Menyeluruh. Ianya juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta tentang kaedah penyediaan Asset Management Planning bagi pembangunan Aset Infrastruktur Kerajaan dan menghayati kaedah tadbir urus (governance) Asset Management Planning berkesan dalam pembangunan dan pengurusan aset negara.
 
Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun telah berbesar hati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan JKR ibu Pejabat, JKR Negeri-Negeri, pegawai-pegawai Kader JKR dan pegawai dari kementerian yang terlibat dalam perancangan aset dengan jumlah keseluruhan peserta adalah  seramai lebih kurang 176 orang. Manakala Pengarah Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Ir. Ramli bin Mohd Yusoff menyampaikan ucapan penutup bagi seminar tersebut.
 
Sebanyak 3 kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengurusan aset iaitu Mr. Peter Kohler dari Asset Management Council (AMC) Australia. 
 
Dengan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang pengurusan aset, seminar ini merupakan satu platform yang sesuai untuk kakitangan kerajaan bertukar pendapat, idea dan khidmat nasihat daripada beliau dalam memantapkan lagi bidang Pengurusan Aset Menyeluruh di sektor kerajaan.
 
Berikut adalah senarai kertas kerja yang dibentangkan oleh Mr. Peter Kohler:
Kertas Kerja 1 : Introduction to Asset Management Planning
 
Kertas Kerja 2 : Developing a Strategic Asset Management Planning
 
Kertas Kerja 3 : Governing a Strategic Asset Management Planning
 

Related Posts