Sukacita diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan Anugerah Sempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2013 adalah 21 Jun 2013 (Jumaat). Oleh yang demikian, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan borang penyertaan pada tarikh tersebut amatlah dihargai. Berikut merupakan dua (2) Anugerah yang akan dipertandingkan iaitu:
a) Anugerah Inovasi JKR ( Rujuk Lampiran I )
b) Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ( Rujuk Lampiran J )
Ringkasan keperluan penyertaan bagi semua Anugerah yang dipertandingkan adalah seperti di Lampiran 1. Sila rujuk Lampiran I dan J untuk maklumat lanjut.
Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/ Puan dalam memastikan kelancaran perjalanan anugerah ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Related Posts
- 908 reads