Date: Thursday, February 8, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Sr RATNA BINTI HJ. MAHYUDDIN, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 09 Februari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Juruukur Bahan pada 01 April 1981 dan penempatan pertama beliau adalah di Unit Kerja Hal Ehwal Dalam Negeri, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Jun 1985 – Disember 1990 : Juruukur Bahan Persekutuan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

2) Januari 1991 – April 1991 : Unit Bangunan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

3) Mei 1991 – Disember 1995 : Unit Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.

4) Januari 1996 – Jun 2005 : Unit Perubatan dan Kesihatan, Cawangan Ukur Bahan dan Kontrak, Ibu Pejabat JKR  Malaysia.

5) Jun 2005 – Oktober 2006 : Timbalan Pengarah Bahagian Ukur Bahan, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

6) Oktober 2006 – Jun 2008 : Timbalan Pengarah, Pusat Kawalan Tebatan Banjir SMART, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

7) Julai 2007 – Ogos 2010 : Timbalan Pengarah JUSA C (KUP),  Bahagian Pengurusan Projek, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Beliau juga telah memegang jawatan Pengarah di beberapa penempatan iaitu;

1)  September 2010 – Februari 2016 : Pengarah Gred Utama ‘C’, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak, Jabatan  Pengairan dan Saliran Malaysia.

2) Mac 2016 – Mei 2017 : Pengarah Kanan Gred Utama ‘B’ Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

3) Mei 2017 – 9 Februari 2018 : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), JKR Malaysia

Untuk perkongsian bersama, beliau merupakan Pengarah wanita pertama yang menyandang jawatan JUSA C di Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Antara projek yang beliau pernah terajui adalah Kerja Membaikpulih Muara Sg. Pahang dan Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam di Cameron Highlands, Pahang. Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelaksanaan projek mega semasa berkhidmat di JPS Malaysia antaranya projek Terowong SMART.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Darjah Johan Negeri (D.J.N), Pulau Pinang : Tahun 2007

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1994

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2003

3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2007

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1)  Fellow of The Institution of Surveyors Malaysia (FISM) tahun 2003

2) Bendahari Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) bagi sesi 2006/2007

3) Setiausaha Lembaga Juruukur Bahan Malaysia tahun 1996 – 2010

d) Beliau juga telah membentangkan beberapa kertas kerja di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa antaranya;

1) 21 – 22 Oct 2008, Pembentangan Kertas Kerja bertajuk SMART Tunnel Di Konvensyen The Quantity Surveying International Convention 2008 Construction Contract and Cost Management: The Next Generation.

2) 23 – 27 Mac 2009, Ceramah mengenai Pengurusan Kontrak di Bengkel   Pengurusan Projek.

3) 15 – 20 Jun 2008 Di Edmonton, Alberta, Canada. Menghadiri The Pacific Association of Quantity Surveyors 12th Congress.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.