MAJLIS PENYERAHAN PUSAT PENGAJIAN PERGIGIAN TERBESAR DI UiTM

Sekalung Tahniah kepada JKR Selangor kerana telah berjaya

menyiapkan Pusat Pengajian Pergigian terbesar UiTM dengan kos lebih RM73.8
juta. Majlis penyerahan projek ini telah berlangsung pada 1 September 2015
bertempat di Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh. Majlis penyerahan ini
disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Datuk Ir. Adanan Mohamed
Hussain kepada Ketua Setiausahan Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang
yang kemudiannya menyerahkan kepada Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Sahol Hamid
Abu Bakar.


Turut hadir pada majlis penyerahan ini ialah Menteri Kerja
Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris
Yusof


Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh merupakan projek yang
menjadi Pusat Pengajian Pergigian yang terbesar di Malaysia yang menyediakan
pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung iaitu Bahagian Akademik, Klinikal dan
Pentadbiran


Projek ini telah disiapkan pada 28 Ogos 2015 oleh Kontraktor
Perkasa Sutera Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM73.8 juta. Projek ini telah
dipantau dan diselia oleh Pasukan Projek Khas yang diketuai oleh Pengarah JKR
Selangor selaku pegawai penguasa dan dibantu oleh Pengurus Besar Pembinaan.


Projek ini melibatkan pembinaan 10 tingkat Blok Fakulti yang
mempunyai 16 Klinik menempatkan 205 kerusi gigi (termasuk 2 klinik
"special needs" untuk orang kurang upaya), 3 bilik bedah, wad 10
katil, unit radiologi berpusat dan kemudahan penyelidikan terkini. Selain blok
fakulti, projek ini turut melibatkan pembinaan satu (1) blok kediaman lapan (8)
tingkat yang boleh menempatkan 486 pelajar.