PENGANUGERAHAN DOKTOR FALSAFAH KEPADA Dr. MARINA BINTI MUSA, KETUA PENOLONG PENGARAH (UKUR BAHAN) J52

Tahniah diucapkan kepada Dr. Marina Binti Musa, Ketua Penolong Pengarah (Ukur Bahan) J52 daripada Bahagian Pengurusan Perubahan & Prestasi, Cawangan Dasar Pengurusan Korporat di atas penganugerahan Doktor Falsafah Pengkhususan Alam Bina daripada Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Semoga dengan penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga JKR yang lain untuk terus menuntut ilmu. Diharap beliau dapat memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR.