Date: Monday, January 22, 2018

Mesyuarat Persediaan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Projek-Projek Kerajaan akan diadakan pada 30 Januari 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR  (CREaTE) Alor Gajah, Melaka bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh pegawai – pegawai daripada semua kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Mesyuarat ini dianjurkan lanjutan daripada pembentangan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia berkaitan Inisiatif Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bagi Semua Projek di Bawah Agensi Kerajaan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) Bil. 2/2017 pada 27 November 2017 yang lalu. Susulan daripada itu, YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah meminta semua kementerian dan agensi supaya melaksanakan pengurusan risiko di setiap kitar hayat projek.

Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai amalan pengurusan risiko projek untuk memastikan risiko kritikal dikenalpasti dan dirawat di peringkat awal.