Merafak sembah menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur – Lah di atas limpah perkenan menerima mengadap YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bertempat di Istana Perak, Bukit Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 Februari 2025.
Antara initipati pekenan mengadap adalah untuk menzahir beberapa isu berkenaan infrastruktur - infrastruktur di negeri Perak. Cakna DYMM Paduka Tuanku Sultan berkenaan isu – isu kemudahan rakyat dan keselamatan awam amatlah dikagumi.
Pertemuan yang begitu indah ke atas DYMM Paduka Tuanku Sultan amatlah bermakna buat JKR, apatah lagi YBhg Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya dapat menekuni setiap nasihat dan kata - kata hikmah Baginda yang diketahui umum seorang yang bijaksana, adil dan saksama dalam pemerintahan. Alhamdulillah banyak perkara berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat juga disentuh dan dibincangkan. Benarlah ungkapan “Raja dan Rakyat berpisah tiada”.
Sesungguhnya, JKR Malaysia menjunjung kasih atas limpah pekenan DYMM Paduka Tuanku Sultan untuk menerima mengadap deligasi JKR Malaysia.
Daulat Tuanku.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 12 reads