Date: Monday, April 7, 2025

Pada 7 April 2025 (Isnin) telah berlangsung satu sesi libat urus delegasi dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak,Ketua Setiausaha KPKM disertai oleh YBrs. Norazli bin Indzam,Setiausaha Bahagian Pembangunan KPKM; YBrs. Ir. Nur Hareza binti Redzuan,Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan KPKM serta pegawai kementerian.

Kunjungan delegasi disambut oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Turut hadir bersama adalah YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu; YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat; YBrs. Ir. Waznah binti Abdul Aziz, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan; YBrs. Sr. Siti Baizura binti Mohamad Noor, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2; YBrs. Ir. Zuraidah binti Muhamad, Pengarah Perunding Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Elektrik; YBrs. Sr. Rogayah binti Yunus, Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan Cawangan Kontrak Dan Ukur Bahan serta pegawai jabatan.

Majlis bermula dengan sesi menandatangani Buku Pelawat JKR dan pemberian cenderahati. Seterusnya, sesi perbincangan bersama telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 35, Menara Kerja Raya yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail bersama delegasi. Secara keseluruhannya, sesi libat urus ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak serta delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan atas kesudian mengunjungi JKR Malaysia. Semoga dengan terlaksananya sesi libat urus ini, kerjasama erat antara kedua-dua pihak akan berterusan pada masa akan datang.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat