Submitted by adminjkr on Fri, 17/04/2015 - 12:00am
English
Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sr Abdull Manaf bin Hj. Hashim kerana dilulusan pelanjutan perkhidmatan beliau daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bermula 6hb April 2015. Semoga dengan pelanjutan perkhidmatan ini, menjadi pendorong kepada YBhg. Dato’ untuk memberikan komitmen yang berterusan dan meningkatkan lagi kecemerlangan JKR di masa akan datang.
Submitted by adminjkr on Thu, 16/04/2015 - 12:00am
English
AUDIT PENSIJILAN SEMULA SIRIM SPK MS ISO 9001:2008 BAGI CAWANGAN-CAWANGAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Sesi auditan bagi Pensijilan Semula SPK MS ISO 9001:2008 bagi Cawangan- Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia telah selesai dilaksanakan dalam tempoh 6 April 2015 hingga 10 April 2015. Sebanyak sembilan (9) lokasi tapak bina dan sembilan (9) lokasi pejabat di cawangan telah diaudit. Keseluruhannya sebanyak 17 daripada 20 Cawangan telah terlibat dengan auditan pada kali ini.
Submitted by adminjkr on Wed, 08/04/2015 - 12:00am
English
Dukacita dimaklumkan ibu kepada Ir. Rusdi B Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi,Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat telah meninggal dunia dan warga JKR mengucapkan takziah di atas kembalinya ibu beliau ke Rahmatullah.
Sama-samalah kita memberikan sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham serta mendoakan agar rohnya sentiasa di cucuri rahmat oleh Allah swt. Al-Fatihah.
Submitted by adminjkr on Thu, 02/04/2015 - 12:00am
English
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bil 2/2015 yang bersidang pada 17 Februari 2015 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat bagi pegawai di Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) seperti yang berikut:
Submitted by adminjkr on Wed, 01/04/2015 - 12:00am
English
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Y.Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS EXECUTIVE TALK : “EPISTEMOLOGY OF JKR MALAYSIA – MY YEARS IN AND OUT” ANJURAN ProJKRM
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan Mesyuarat Agung (AGM) Ke 9, Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM), satu sesi Program Executive Talk: “EPISTEMOLOGY OF JKR MALAYSIA – MY YEARS IN AND OUT” oleh YBhg. Dato’ Ridza Abdoh bin Hj.
Submitted by adminjkr on Wed, 01/04/2015 - 12:00am
English
Setinggi Ucapan TahniahWarga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ir. Ruhani binti Haji Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan , Ibu Pejabat JKR Malaysia di atas pengurniaan Darjah Keempat daripada Darjah Kebesaran Yang Mulia Pangkuan Negara iaitu KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N) dan dipilih menjadi seorang Kesatria daripada Darjah Kebesaran tersebut Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2014 pada 19 Mac 2015. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR.
Submitted by adminjkr on Fri, 06/03/2015 - 12:00am
English
Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Ir. Hj. Mohd Johari Bin Md Arif, Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mahkota Wilayah (J.M.W) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2015. Semoga dengan pelantikan ini akan menjadi pendorong untuk terus memberikan komitmen dan sumbangan kepada kecemerlangan JKR