English
Sukacita dimaklumkan Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 akan diadakan sepertimana ketetapan berikut: 
 
Tarikh            : 17 dan 18 November 2014 ( Isnin dan Selasa )
Tempat          : TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah
Dirasmikan    : Y. B. Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof
                          Menteri Kerja Raya.
Agenda          : Sila klik disini untuk maklumat lanjut. 
Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 bertemakan " INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI " bakal dihadiri seramai 500 pegawai terdiri daripada kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan
 
Para peserta berkesempatan untuk mendengar Ceramah Inovasi bertajuk Inovasi Dalam Sektor Awam - Pencapaian dan Impak  yang akan disampaikan oleh Encik Naser bin Jaafar  dari Agensi Inovasi Malaysia pada 18 November 2014. Sila klik di sini untuk maklumat biodata penceramah
 
Bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2014, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) juga diadakan di mana 5 kumpulan dipertandingkan di setiap kategori seperti berikut :
 
A. Kategori: Pengurusan
  1. Kumpulan 1 Maintenance dari JKR Daerah Johor Bahru, Johor
  2. Kumpulan K-Team dari JKR Daerah Kerian , Perak
  3. Kumpulan G4A dari Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
  4. Kumpulan Castarians dari Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga
  5. Kumpulan Prisma dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Kedah
B. Kategori : Teknikal
 
  1. Kumpulan Vortex dari JKR Jajahan Tumpat, Kelantan
  2. Kumpulan Sinar dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang
  3. Kumpulan Teras 2 (2013) dari JKR Daerah Batang Padang, Perak
  4. Kumpulan Jitu Design dari JKR Daerah Dungun, Terengganu
  5. Kumpulan Janaminda dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Negeri Kedah
Bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia 2014, mesyuarat seperti berikut turut dilaksanakan:
 
  1. Mesyuarat Pengarah JKR Malaysia Bil 4/2014
  2. Mesyuarat Jurutera Daerah Bil 4/2014
  3. Mesyuarat Wakil Kader
Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 dimeriahkan lagi dengan Pameran Inovasi JKR Malaysia dan Pameran Inovasi & Industri yang diadakan serentak. Pameran Inovasi JKR Malaysia akan mempamerkan sebanyak 28 produk kepada pengunjung dimana produk telah dipertandingkan dalam dan luar negara. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
 
Pegawai Jabatan Kerja Raya adalah dijemput hadir ke Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 beramai-ramai untuk memeriahkan majlis dan mengetahui produk yang telah berjaya dipertandingkan di dalam dan luar negara.
 
"INOVASI PENCETUS TRANSFORMASI"
 
Sekian, terima kasih.

Related Posts