Submitted by adminjkr on Wed, 11/02/2015 - 12:00am
English
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Menteri Kerja Raya, melalui Pengarah Kanan CKBA JKR menjemput semua warga KKR dan agensi-agensi di
bawahnya untuk menyertai jemputan merekabentuk baju korporat kementerian dan agensi-agensi yang
terlibat.
bawahnya untuk menyertai jemputan merekabentuk baju korporat kementerian dan agensi-agensi yang
terlibat.
1- Terbuka kepada semua warga kementerian dan agensi-agensi di bawahnya
2- Pereka boleh mengemukakan lebih dari satu rekabentuk kepada penganjur. Cadangan rekabentuk perlu mengemukakan rekabentuk untuk:
i- baju korporat
ii- t-shirt (berkolar)
iii- t-shirt (round neck)
3- Rekabentuk perlu menyerlahkan identiti Kementerian Kerja Raya di samping melambangkan kriteria
agensi masing-masing
4- Rekabentuk perlu dibuat untuk KKR, JKR, CIDB dan LLM
5- Penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 6 MAC 2015 (Jumaat) jam 12 tengahari.
6- Rekabentuk perlu dihantar dalam saiz A3 dan berformat jpeg. Nama pereka akan diambil dari
butiran emel yang digunakan. Sila gunakan kaedah insert pictures inline di menu emel anda selain dari melampirkan cadangan rekabentuk tersebut.
7- Rekabentuk-rekabentuk akhir yang dipilih oleh penganjur akan dibentangkan kepada Menteri Kerja
Raya pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pihak Pejabat Menteri Kerja Raya
8- Rekabentuk perlu dicadangkan untuk kedua-dua kakitangan lelaki dan wanita.
9- Pihak Menteri Kerja Raya telah menyatakan bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang. Walaubagaimanapun maklumat terperinci mengenainya akan dimaklumkan apabila bermulannya sesi saringan penyertaan untuk pembentangan akhir kepada pihak Menteri Kerja Raya.
10- pereka juga diminta mengemukakan cadangan logo Kementerian Kerja Raya dan disertakan dengan penerangan ringkas mengenainya.
Semua penyertaan perlu dihantar melalui emel rasmi ke:
hairumizam [at] jkr.gov.my
hairumizam [at] jkr.gov.my
Semua pereka yang disenaraipendek akan dihubungi melalui emel untuk ke peringkat seterusnya
Berikut adalah contoh rekabentuk bersandarkan kepada syarat-syarat di atas (hanya sebagai rujukan semua
pereka) :
pereka) :
Related Posts
- 1796 reads