English
Karnival Sukan JKR Se-Malaysia 2013 telah dianjurkan oleh JKR Negeri Sembilan sejajar dengan Slogan 1Malaysia, 1Sukan, 1JKR.Berlangsung selama dua hari bermula dari 16 hingga 17 November 2013 dengan 8 acara sukan telah diadakan serentak di beberapa venue sukan di sekitar Bandar Seremban. Sebanyak 15 kontinjen dengan peserta seramai hampir
1,300 orang telah berkampung di Seremban, Negeri Sembilan sepanjang Karnival Sukan
tersebut.
 
Yang Berhormat Datuk Fadillah Bin Yusof, Menteri Kerja Raya
Malaysia telah melahirkan kegembiraan beliau dalam ucapan semasa Perasmian Karnival
Sukan JKR SeMalaysia yang berlangsung dengan gilang gemilang pada malam 15 November
2013. Y Bhg Dato’ Seri Ir. Mohd Noor bin Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Kerja
Raya Malaysia dan barisan Pengurusan Atasan yang hadir bersama seluruh warga kerja
Jabatan Kerja Raya khususnya warga kerja JKR Negeri Sembilan berasa amat bangga
serta berbesar hati dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri.
 
Untuk berita selanjutnya, sila klik di sini
 

 

Related Posts