English


24 Januari 2013 - Dukacita dimaklumkan bahawa En. Abdul Rahim Bin Abbas atau lebih dikenali sebagai EO telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.05 pagi di Hospital Ampang. Beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 di JKR Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Teratai, Ampang.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah.

Related Posts