Submitted by adminjkr on Thu, 02/04/2015 - 12:00am
English
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
JKR MALAYSIA buat julung kalinya telah menyertai NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION (iCompEx) 2015 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2015 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini telah berjaya menyaksikan empat projek inovasi JKR Malaysia diiktiraf oleh panel penilai.
Daripada empat (4) penyertaan yang dikemukakan, tiga (3) daripadanya dianugerahkan Pingat Emas dan satu (1) projek inovasi dianugerahkan Pingat Perak. Selain itu, projek inovasi bertajuk GrEEM dari JKR Seberang Perai Utara juga telah berjaya dinobatkan sebagai Inovasi Paling Bernilai bagi iCompEx ’15.
Berikut merupakan senarai pemenang:
Bil | KETUA PEREKACIPTA | JKR NEGERI | PROJEK INOVASI | ANUGERAH |
1 | En. Vigneswaran A/L Suppiah | JKR Seberang Perai Utara, Pulau Pinang | GrEEM | 1.Inovasi Paling Bernilai 2.Inovasi Ketiga Terbaik- Kategori Perkhidmatan & Pemasaran Produk 3.Pingat Emas |
2 | En. Vigneswaran A/L Suppiah | JKR Seberang Perai Utara, Pulau Pinang | Dr. SEM (Signboard Easy Maintenance) | Pingat Emas |
3 | En. Pubalan A/L Kuppusamy | JKR Kerian, Perak | B-TST (Bongkah Tapak Sambungan Tiang) | Pingat Emas |
4 | En. Saifol Bahri Bin Shaari | JKR Kerian, Perak | Median Night Reflector Post | Pingat Perak |
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua perekacipta serta urus setia yang terlibat. Diharapkan kejayaan ini dapat dimanfaatkan oleh JKR secara amnya dan mendorong lebih ramai kakitangan JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi.
Related Posts
- 939 reads