English

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada 10 Februari 2013, telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia mengambil kesempatan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sebagaimana  kebiasaan, cuti perayaan sebegini akan menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di Jalan Raya Persekutuan terutamanya di laluan ke Pantai Timur melalui  Jalan Persekutuan 3 dan 8. Maka, Jabatan Kerja Raya menasihatkan para pengguna yang menuju ke destinasi Pantai Timur supaya menggunakan laluan alternatif  yang disediakan bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan.

Walaupun jarak laluan alternatif adalah lebih jauh berbanding jalan biasa namun ia dapat membantu pengguna jalan raya memendekkan masa perjalanan. Selain membantu melancarkan pergerakan lalulintas di Jalan Persekutuan 3 dan 8.

Berikut adalah laluan alternatif yang dicadangkan ;

1. ALTERNATIF DARI BENTONG KE KOTA BHARU MELALUI BANDAR RAUB

i. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kiri masuk ke Laluan C5( Jalan Cheroh ke Batu Malim) dan masuk ke persimpangan Jalan Cheroh Ke Gesing melalui  C158 di Seksyen 15.

ii. Dari persimpangan Cheroh masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menghala terus ke Kota Bharu.

atau

i. Dari Bentong melalui Laluan Persekutuan 8 terus ke Bandar Raub, keluar ke kanan dan lalu di hadapan Bangunan Majlis Daerah Raub dan susur ke kiri untuk melalui Jalan Bukit Koman  sehingga ke bulatan kecil hadapan Hospital Raub.

ii. Dari bulatan kecil hadapan Hospital Raub, masuk ke kanan dan terus ke Jalan Taman Amalina Lestari dan terus ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.

Sila klik di sini untuk gambaran.

2. ALTERNATIF DARI BENTONG KE KOTA BHARU MELALUI KUALA LIPIS

i. Selepas melalui Plaza Tol Bentong (Dari KL – Bentong), terus ke Laluan Persekutuan FT1498 dan melalui Kampung Chinta Manis dan Felda Mempaga Jaya.

ii. Masuk ke persimpangan kanan ke Laluan Persekutuan 1496 dan kemudian masuk ke persimpangan Kampung Sungai Ruan, C149 di sebelah kiri. Kemudian masuk semula ke Laluan Persekutuan 8 menuju ke Kota Bharu.

Sila klik di sini untuk gambaran.

3. ALTERNATIF DARI GUA MUSANG KE KOTA BHARU MELALUI KUALA KRAI

i. Dari Gua Musang melalui Laluan Persekutuan FT008, keluar ke kanan melalui D225 di Kampung Sungai Peria dan susur ke kiri di Simpang Tiga Sungai Pahi.

ii. Dari Simpang Tiga Sungai Pahi, susur ke kiri menghala ke Guchil  dan masuk semula ke Laluan Persekutuan FT08 menuju ke Kota Bharu.

Sila klik di sini untuk gambaran.

4. ALTERNATIF DARI KUANTAN KE KUALA TERENGGANU/KOTA BHARU MELALUI JALAN IBOK & PADANG KEMUNTING

i. Dari Kuantan melalui Laluan Persekutuan FT003, keluar ke kanan melalui T126 ke Chukai. Di persimpangan lampu  isyarat, susur ke kanan ke Laluan Persekutuan FT237 dan kemudian susur ke kiri di persimpangan lampu isyarat yang ke-2 ke laluan T131 menghala ke Zoo Mini.

ii. Masuk ke Laluan T13 di Kampung Ibok dan terus ke Laluan T6 di Kampung Bukit Anak Dara. Di persimpangan empat, susur ke kiri ke Laluan Persekutuan FT145 menuju ke Kuala Terengganu/ Kota Bharu.

Sila klik di sini untuk gambaran.

Related Posts