English
LARANGAN MEROKOK DI KOMPLEKS KERJA RAYA MALAYSIA.
 
As Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
 
YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
1.       Adalah dimaklumkan bahawa Kawasan Premis Kerajaan telahpun diwartakan sebagai TEMPAT LARANGAN MEROKOK  di bawah Peraturan-Peraturan Kawal Hasil Tembakau (PPKHT) semenjak tahun 2004. Kawasan Larangan Merokok bagi premis kerajaan adalah merangkumi seluruh kawasan di dalam kepungan pagar atau sempadan tanah bangunan pejabat Kerajaan dan juga termasuk semua kawasan di dalam bangunan Kerajaan.
 
2.       Keseluruhan Kompleks Kerja Raya, termasuk Bangunan  di Blok A,B,C,D,E,F,bangunan KKR2 adalah tertakluk kepada peraturan tersebut.
 
3.       Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan telah menerima beberapa aduan berkaitan  warga JKR yang telah melanggar peraturan Larangan Merokok ini.
 
4.       Oleh yang demikian, pihak Pengurusan ingin mengingatkan semula warga JKR yang menghuni Bangunan KKR2 khasnya dan warga JKR amnya  agar mematuhi peraturan TEMPAT LARANGAN MEROKOK sepertimana yang telah diwartakan supaya tidak menimbulkan masalah kesihatan yang mungkin memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain.
 
5.       Selain dari masalah kesihatan, pihak Pengurusan juga menghadapi masalah kekotoran yang timbul apabila habuk dan puntung rokok yang dibuang bertaburan.Terdapat juga aduan bahawa sebahagian pegawai kita telah menggunakan ruang tangga ditingkat-tingkat bangunan KKR2 sebagai port  untuk merokok dan perbuatan ini adalah dilarang sama sekali.
 
6.        Bersama-sama ini saya sertakan Salinan kenyataan Akhbar  Ketua Pengarah Kesihatan dan juga Siaran Akhbar JPA untuk rujukan dan juga makluman kepada warga JKR amnya.
 
7.       Perlu dimaklumkan bahawa akan ada penguatkuasaan oleh Jabatan yang berkaitan ke kawasan Kompleks Kerja Raya ini termasuklah KKR2 dari masa ke semasa bagi mematuhi peraturan tersebut dipatuhi oleh semua.
 
Sekian, atas perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diucapkan  terima kasih.
 
 
 
HIDUP LEBIH SIHAT TANPA ROKOK
 
 
 
CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT.

Related Posts