English

Tujuan lawatan adalah sebagai langkah awal Pihak Cawangan mendapatkan pendedahan bagi proses penyimpanan fail tidak aktif di pejabat. Pegawai Pembangunan Perniagaan daripada Prism Integrated  Sdn Bhd En.Rosli Asaad telah mengalu-alukan kedatangan pihak JKR CPUM. Lawatan bermula dengan ringkasan penerangan jenis-jenis fail dan kotak simpanan yang dibekalkan oleh Syarikat Prism Integrated Sdn Bhd serta beberapa contoh bahan yang ada didalam simpanan dan rekod syarikat. Taklimat yang lebih terperinci mengenai kepentingan pengurusan rekod dan langkah-langkah membuat permohonan penyimpanan rekod  telah diberikan oleh Perunding Pengurusan Rekod Syarikat Prism Integrated  Sdn Bhd, En.Ravi Kana . Peserta-peserta lawatan telah dibawa untuk melawat stor simpanan fail-fail yang telah direkodkan dan diterima dari pelanggan disamping peserta diberikan penerangan cara dan kaedah pencarian fail dilakukan oleh kakitangan terlatih Syarikat tersebut. Diantara pelanggan yang membuat penyimpanan rekod dengan Syarikat Prism Integrated Sdn Bhd adalah Jabatan Perdana Menteri-Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Kementerian Kewangan, Jabatan Perpustakaan Negara, Jabatan Polis Selangor, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Intan, Mampu dan lain-lain seperti yang telah dimaklumkan. Secara keseluruhannya lawatan ini dapat memberi pengalaman, inspirasi serta pendedahan kepada pegawai-pegawai JKR berkaitan kepentingan pengurusan rekod selaras dengan perlaksanaan 5S yang sedang dijalankan di Cawangan Pangkalan Udara & Maritim.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Disediakan oleh: CPUM

Related Posts