English

Pada 31 Januari 2013 bertempat di Dewan Multaqam Maju Tower,  Cawangan Kontrak & Ukur Bahan telah mengadakan majlis meraikan mantan Pengarah Kanan CKUB iaitu Dato’ Sr Abdull Manaf bin Haji Hashim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) yang berkuatkuasa pada 16 Disember 2012.

Majlis diserikan dengan penyerahan cenderahati kepada TKPKR (Sektor Pakar) dan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pesara – pesara CKUB oleh Y.Bhg. Dato’ TKPKR.  Majlis terus dimeriahkan lagi dengan alunan nyanyian medley  oleh pasukan Koir CKUB dan acara kemuncak iaitu persembahan khas nyanyian Y.Bhg. Dato’ TKPKR dan Pengarah CKUB.

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama  Y.Bhg. Dato’ TKPKR adalah acara terakhir Majlis yang disambut dengan begitu meriah. Y.Bhg. Dato’ TKPKR telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga CKUB yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dengan jayanya dan memberi kerjasama sepenuhnya selama di bawah tampuk kepimpinan beliau.

Sebagai tanda kenangan terimalah pantun dari Y.Bhg. Dato’ TKPKR.

Tanam nyiur pinang tak tumbuh
Tanam sepokok dikaut  lumut
Tidur malam lena tak sungguh
Kerana mimpi bertukar selimut.


*Berita ini juga boleh dilayari melalui Laman Web CKUB di pautan https://www.jkr.gov.my/ckub/majlistkp2013.asp

Related Posts