English

Dokumen ini dibangunkan secara bersama oleh Ahli J/Kuasa Kerja terdiri dari Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktrur dan Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan. Ianya menggariskan kehendak dan keperluan Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) bagi projek-projek baru, ubahsuai, naiktaraf; yang merangkumi fasa rekabentuk, pembinaan, dan operasi & penyenggaraan. Ianya memberi panduan untuk meningkatkan IEQ bagi bangunan pejabat kerajaan yang berhawa dingin dengan menepati pelbagai kehendak piawai. Dokumen tersebut boleh didapati di dalam pautan di
sini
.

Pihak Cawangan Kejuruteraan Mekanikal selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kualiti Persekitran Dalaman JKR merakamkan penghargaan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato’ Seri KPKR kerana telah sudi merasmikan pelancaran dokumen tersebut. Semoga penghasilan dokumen ini dapat mencapai aspirasi program-program Pembangunan Lestari JKR di masa akan datang.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Sekian.

Related Posts