English
 Berdiri dari kiri: En. Ramesh – SPYTL, Pn. Nor Hashimah – E-MAS, En. Vijendran – E-MAS, wakil CEO ERLSB,
Hj. Anuar Kassim – JKR, En. Ramli Yussof – JKR, En. Adam – PPS/JKR, En. Syukri – PPS/JKR, En. Afdhal – PPS/JKR;
Duduk dari kiri: En. Thomas Baake – CEO E-MAS, Dato’ Ir. Hj. Annies Md Ariff – TKP (Pengurusan) JKR



Majlis ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) – YBhg. Dato’ Ir. Hj. Annies Md Ariff, E-MAS CEO – Mr. Thomas Baake, E-MAS Unit Sumber Manusia – Pn. Nor Hashimah Basri, E-MAS Unit Bisnes & Pembangunan – Mr. Vijendran, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit MRT – Hj. Anuar bin Kassim, dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat JKR – En. Ramli Mohd Yussof.

Melalui Program Penyuburan Silang ini, tiga (3) jurutera JKR (Awam, Mekanikal & Elektrik) telah ditempatkan di syarikat E-MAS (ERL Maintenance & Services) yang merupakan anak syarikat ERLSB, bagi melibatkan diri secara langsung dalam Projek Sambungan Trek Keretapi 2.2 km KLIA Ekspres & KLIA Transit daripada KLIA ke KLIA2.

Tempoh program ini adalah selama 6 bulan, bermula pada 3-Sept-2012 dan sepatutnya berakhir pada 28-Feb-2013 yang lalu. Namun ianya dilanjutkan selama 2 bulan lagi, bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam fasa Pengujian & Pentauliahan (T&C) yang dijadualkan selesai pada pertengahan bulan April-2013.

Matlamat program ini adalah untuk mendapatkan pendedahan teknikal, serta menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam semua aspek kejuruteraan keretapi. Mereka juga akan mendapat pendedahan langsung dengan perbincangan, berkongsi pandangan dengan pihak pengeluar, pembekal, pemasang, pengendali termasuk pakar rekabentuk sistem dan sub-sistem keretapi.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya pegawai-pegawai professional JKR sentiasa di barisan hadapan dalam industri pengkeretapian, pengangkutan awam dan hala tuju industri ini di Malaysia.
Secara umumnya, mereka ditempatkan di unit yang berbeza mengikut disiplin yang bersesuaian. Walaubagaimanapun, sekiranya berkesempatan mereka akan melaksanakan tugas secara bersama-sama memandangkan kejuruteraan keretapi sebenarnya adalah bidang pelbagai disiplin (multi-discipline). Jurutera-jurutera JKR yang ditempatkan dibawah program ini adalah:

A)    Jurutera Elektrik – En. Ahmad Syukri Bukhari - Unit Persemboyanan (Signalling) dan Telekomunikasi.
B)    Jurutera Mekanikal – En. Afdhal Yusof - Unit Elektrifikasi, Talian Katenari Atas (Overhead Catenary Line - OCL) dan Stok Kereta (Rolling Stock).
C)    Jurutera Awam – En. Adam Ali, yang ditempatkan dengan kontraktor kerja-kerja awam dan landasan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Mereka telah berjaya mempelajari hampir kesemua aspek kejuruteraan keretapi seperti Kejuruteraan Jalan Tetap (Permanent Way Engineering), Elektrifikasi, OCL, Stok Kereta (Rolling Stock), Persemboyanan (Signalling), Sistem Telekomunikasi, Operasi, Senggaraan dan Keselamatan. Mereka juga berpeluang untuk melawat pelbagai tempat yang kebiasaannya dilarang untuk orang awam seperti 132/25kV Pencawang Elektrik Bekalan Kuasa Tarikan (Traction Power Supply Sub-Station - TPSS) Serdang, depot stok kereta, pusat kawalan operasi (Operation Control Center - OCC) dan sebagainya.

Hasil dapatan daripada program ini akan diterjemahkan dalam bentuk laporan akhir yang dirancang akan dibentangkan pada pihak pengurusan atasan pada bulan hadapan. Kini jurutera-jurutera terbabit ditempatkan di bawah Unit MRT, Bahagian Darat, CPUM.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts