English
Pembinaan kompleks hospital ini adalah merupakan sebahagian daripada daripada program didalam RMK-9 yang dilaksanakan secara reka dan bina. Tapak pembangunan projek ini adalah berkeluasan 11 ekar. Hospital ini mengandungi 1 bilangan wad lelaki yang boleh menampung 28 katil pesakit, 1 bilangan wad wanita yang boleh menampung 30 katil pesakit dan 1 bilangan wad bersalin yang boleh menampung sehingga 20 katil pesakit. Hospital ini juga dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta sebanyak 309 petak dan 112 petak untuk tempat letak motorsikal pada satu-satu masa. Komples hospital ini juga unik dan bercirikan konsep ‘tropical kontemporari’ dilihat amat menarik dan sesuai dengan arus pembangunan nasional, seiring dengan  status Melaka Maju dan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Projek ini telah dilaksanakan secara 2 fasa iaitu bermula dengan fasa 1 iaitu kerja-kerja tanah dengan peruntukan RM 5.2 juta. Pakej 1 ini telah bermula pada 15hb Januari 2008 dan telah disiapkan pada 04hb September 2008. Seterusnya pakej ke-2 iaitu pembinaan komples utama hospital, asrama jururawat dan kuarters yang telah bermula pada 05hb September 2008 dan telah disiapkan pada 14hb Jun 2012 dengan peruntukkan RM 110 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Alor Gajah sedia ada yang telah pun beroperasi selama lebih 100 tahun dari tahun 1906 sehingga ke tahun 2012.

Urus Setia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBhg. Dato’ TKPKR (Sektor Bisnes) atas komitmen tinggi yang diberikan di mana beliau hadir dan dapat menyempurnakan majlis penyerahan ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah CKK kerana hadir dan menjayakan majlis penyerahan tersebut. Sekalung terima kasih juga kepada Jurutera Daerah Alor Gajah yang bersama-sama didalam persiapan majlis penyerahan ini. Di akhir majlis penyerahan tersebut, semua urusetia amat berpuas hati dengan komitmen pengurusan atasan serta berjaya melaksanakan majlis tersebut seperti yang telah dirancangkan.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.
 

Disediakan oleh: Cawangan Kerja Kesihatan

Related Posts