English

Majlis yang diadakan di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari, UPNM ini turut dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Jesbil Singh@Jasbir Singh Sandhu (Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) UPNM), Lt. Kol. Ir. Baharul Razi Bin Abu Hani (B) (Pengarah Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UPNM), Tn. Hj. Mas Abdul Rahman Bin Mas Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Kanan PROKOM merangkap Pengarah Projek UPNM), pasukan projek JKR, kontraktor dan perunding serta pegawai-pegawai daripada KPT dan UPNM.

Projek Cadangan Tambahan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur ini dibiayai di bawah peruntukan PFI Kementerian Pengajian Tinggi. Jabatan Kerja Raya melalui Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM) telah diberikan mandat bagi menyempurnakan pelaksanaan projek ini sehingga siap sepenuhnya.

Skop projek ini merangkumi dua tapak yang berbeza lokasi iaitu Tapak A (Blok Akademik) dan Tapak B (Blok Asrama).
Tapak A menempatkan Satu Blok 7 Tingkat dan 1 Tingkat Separa Besmen Tempat Letak Kereta, Bangunan Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan dan Fakulti Pengurusan & Pengajian Pertahanan (FPPP) serta Dewan Kuliah Pusat dan sSatu Buah Loji Rawatan Najis (STP).

Manakala Tapak B pula menempatkan Satu Blok Asrama Lelaki 8 Tingkat, Satu Tingkat Dewan Makan, Satu Unit Rumah Sampah dan Satu Tingkat Pencawang TNB serta Satu Buah Loji Rawatan Najis (STP).

Projek ini telah ditender secara tawaran terbuka dengan kontrak Reka & Bina. Tempoh kontrak asal yang ditawarkan adalah 72 minggu dengan harga kontrak bernilai RM 73.8 juta telah dianugerahkan kepada Puncabahan-KCJ Joint Venture. projek dimulakan secara fizikal pada 2 Januari 2009 (tarikh milik tapak). Harga kontrak setelah dirunding semula (perubahan skop kerja) menjadi RM 89.0 juta dengan tempoh siap selama 99 minggu (23 bulan).

Pihak kontraktor secara rasminya telah berjaya menyiapkan Blok Asrama pada 27 Disember 2011 melalui Perakuan Pendudukan Separa (CPO). Perakuan Siap Kerja (CPC) telah dikeluarkan pada 15 Januari 2013 dengan kos kontrak sebanyak RM 89.7 juta.

Kementerian Pengajian Tinggi selaku agensi pelanggan telah menyampaikan surat penghargaan di atas kejayaan JKR menyiapkan projek dengan sempurna meskipun pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dihadapi berkaitan pengurusan projek ini di sepanjang tempoh pembinaannya.

Sila klik di sini untuk gambar majlis penyerahan projek.

Disediakan oleh Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), JKR

Related Posts