English

30 April 2015 - Majlis Persaraan  YBhg. Dato' Ir Hj Annies Md Ariff  bertemakan "Bakti Disanjung, Budi Dijunjung" telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid Kementerian Kerja Raya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya serta jasa beliau kepada JKR sepanjang 37 tahun tempoh perkhidmatan.

 
Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan kepada tetamu diraikan oleh wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Encik Sumardi bin Ali , wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir. Hj Mohd Daud B. Harun  dan seterusnya YB Menteri Kerja Raya Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.
 
Kemuncak acara majlis yang dinantikan ialah ucapan YBhg. Dato' Ir Hj Annies Md Ariff yang telah menyampaikan amanat dan harapan beliau terhadap kecemerlangan dan kelangsungan jabatan. Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan sokongan yang diterima sepanjang 37 tahun perkhidmatan beliau di JKR.
 
Majlis diserikan dengan tayangan media persaraan  Dato' Ir. Hj Annies dan juga tayangan video 'JKR Dan Anda' yang merupakan inspirasi dari beliau sendiri. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Caliph Buskers.
 
Seluruh warga JKR mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Dato'  di atas sumbangan dan jasa bakti beliau kepada JKR sepanjang tempoh 37 tahun beliau di dalam JKR. Diharapkan agar YBhg. Dato'  dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.
 

 

Related Posts