English

Sesi pendaftaran peserta Majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut  bermula jam 9 pagi.  Seterusnya para peserta mengambil tempat dan majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis dan selawat Maulidur Rasul beramai-ramai yang dipimpin oleh Haji Mohammad Farijal bin Haji Othman.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi ceramah yang bertajuk ‘Rasulullah S.A.W & Palestine’ oleh penceramah jemputan Dr Syed Muhammad Haleem Bin Syed Hassan dari pertubuhan ‘Haluan Palestine’. Beliau aktif terlibat dengan NGO dan misi kemanusiaan serta bekasan tebusan kapal Mari Marmara. Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah tentang keberanian penduduk Palestine dalam memperjuangkan hak orang islam serta tanahair mereka yang merupakan kiblat pertama umat islam. Kita sebagai saudara seagama adalah berkewajipan bagi membantu perjuangan ini yang merupakan salah satu tuntutan akidah.

Akhir sekali Pengarah CKK telah dijemput menyampaikan ucapan ringkas dan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa hadir berkongsi ilmu serta pengalaman beliau. Kemuncak majlis diteruskan dengan penyerahan  kutipan derma tabung Palestine sumbangan warga CKK sebanyak RM2,100.00. Majlis bersurai tepat jam 12.30 tengah hari dan semua peserta dijamu dengan juadah makan tengahari.
Majlis ilmu yang dijalankan meninggalkan kesan yang positif dimana selain dari meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ianya dapat merapatkan ukhwah sesama kakitangan. Penglibatan kakitangan dalam aktiviti yang berbentuk keagamaan serta peluang bagi mendengar sendiri maklumat yang disampaikan secara lansung dari penceramah yang merupakan sukarelawan misi kemanusiaan di Palestin.

Majlis ini dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran peserta ceramah ini amatlah memberansangkan di mana dapat dilihat dengan kehadiran yang ramai dan sama-sama bersemangat mengalunkan selawat nabi. Semoga majlis ini akan diteruskan di masa-masa yang akan datang.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts