English
PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI MAPMA,

Yg.Bhg. Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEEMPAT MAPMA

MAPMA adalah sebuah pertubuhan professional yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 21 November 2008 sehingga sekarang. MAPMA telah ditubuhkan atas inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan masih beribu pejabat di JKR secara sementara. MAPMA merupakan sebuah Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia yang komited untuk menerajui peranan dalam pengurusan aset dan pengurusan projek di Malaysia. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan juga bertumpu kepada pengurusan aset dan projek bagi menjana peningkatan kualiti dan tahap kematangan industri pembinaan negara.

Sehubungan dengan itu, bagi meneruskan dan mencapai objektif, visi dan misi pertubuhan, MAPMA dengan berbesar hati menjemput Yg.Bhg. Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Mesyuarat Agung Tahunan Keempat  MAPMA yang akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH    : 22 JANUARI 2013 (SELASA)
MASA    : 2.00 – 5.30 PETANG
TEMPAT    : HOTEL SUNWAY PUTRA, JALAN PUTRA, KUALA LUMPUR


AGENDA MESYUARAT
1. Kata aluan Presiden MAPMA
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga MAPMA yang diadakan pada 26 Januari 2012
3. Membentang dan meluluskan Akaun Pertubuhan Berakhir 30 Jun 2012
4. Membentang dan membincangkan Laporan Tahunan MAPMA Sesi 2011/2012
5. Pemilihan Ahli Majlis Bagi Sesi 2013/2015
6. Membentang dan membincang usul-usul (sekiranya ada)

Kehadiran Yg.Bhg.Dato’ Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan agar Mesyuarat Agung Tahunan Keempat MAPMA dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Nor Mala Suzi Binti Selamat,
Sekretariat MAPMA

Related Posts