English

Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), adalah manual yang menekankan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Polisi, Objektif, Skop Pelaksanaan dan prinsip-prinsip asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Manual ini juga dikeluarkan bersama Arahan Kerja Selamat JKR Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan semua kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dalam tahap yang memuaskan serta mematuhi keperluan-keperluan perundangan dan peraturan tertentu.
 
Manual KKP dan Arahan Kerja Selamat telah dibangunkan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bersama SME Cawangan/Negeri JKR Malaysia dan Cawangan Pengurusan Korporat selaku Urus setia.
 
Manual KKPdan Arahan Kerja Selamat ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan JKR Malaysia Bil.1/2013. Ianya juga disediakan secara elektronik dan boleh diakses serta dimuat turun melalui laman sesawang JKR di https://www.jkr.gov.my/.

Related Posts