English

Pada 17 hingga 19 September 2013 yang lepas, Mesyuarat Jurutera Awam JKR Malaysia 2013 telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan selama 3 hari 2 malam. Mesyuarat yang bertemakan ‘Kompetensi Menjana Prestasi’ telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Y. Bhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob, manakala majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes) merangkap Ketua Disiplin Awam JKR Malaysia, Y. Bhg. Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain. Pada tahun ini, mesyuarat yang melibatkan peserta seramai 208 orang dari semua gred bagi Disiplin Awam mempunyai dua objektif utama iaitu:-

I.    Menilai pencapaian Pelan Tindakan Pelaksanaan Strategik (2013-2015).
II.    Mengenalpasti peluang-peluang dan cabaran sebagai Jurutera Awam JKR.

Bersempena dengan mesyuarat pada kali ini, para Sponsor Kompetensi Disiplin Awam telah membentangkan Laporan Hasil Pelan Bisnes Disiplin Awam 2011-2012 dan Laporan Pencapaian Pelan Bisnes Disiplin Awam 2013-2015. Selain daripada itu, beberapa pembentangan berkaitan dengan pembangunan kerjaya pegawai disiplin awam JKR dan penerokaan bidang-bidang baru JKR turut dikongsi bersama peserta. Sebanyak 5 kertas teknikal dibentangkan untuk perkongsian pada mesyuarat kali ini. Antara kertas teknikal yang terpilih ialah Pengenalan kepada Building Information Modelling (BIM), Program Penyuburan Silang – MRT, Skim Penarafan Hijau JKR (pH JKR), Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor, dan Developing Forensic Structural Engineering in JKR: A Proposed Model. Para peserta juga turut disajikan dengan perkongsian ilmu dan motivasi dari Y. Bhg Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YADIM.

Adalah diharapkan supaya semua peserta dapat memanfaat segala input yang diperolehi dari mesyuarat ini untuk pembangunan disiplin awam khasnya dan seluruh jabatan amnya.

Sila klik di sini untuk laporan bergambar.

Related Posts