English
Pada 3-5 November 2014, Cawangan Arkitek selaku Urusetia Induk telah mengajurkan Mesyuarat Ketua Disiplin Arkitek Bersama Arkitek JKR Malaysia di Hotel Mahkota, Melaka. Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Sr. Hj. Abdull Manaf Bin Hj. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) mewakili Ketua Pengarah Kerja Raya. Mesyuarat yang bertemakan "Arkitek Penjana Transformasi" ini telah dihadiri oleh 183 orang Arkitek Gred J41 dan ke atas dari JKR Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader.
 
Di antara agenda utama Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :
 
  A.  Pembentangan Kerta Kerja
 
      1. Dasar Penempatan dan Pembangunan Kerjaya (DPPK), oleh Tn. Hj. Zainal Fitri Bin Hassan
      2. Status Pelaksanaan Pelan Bisnes Arkitek 2012-2015, oleh Puan Samilah Binti Mashuri
      3. Melaka Heritage, oleh Encik Rozahan Bin Aboo Bakar
      4. Arkitek Penjana Transformasi, oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
      5. Projek Naiktaraf Bangunan Parlimen, oleh Ar. Zuraina Leily Binti Awalludin
      6. Manual Seni Bina, oleh Ar.Yong Razidah Binti Rashid
      7. Projek Naiktaraf HKL, oleh En. Mohd Fadhlan Bin Ahmad dan En. Zainuddin Bin Che Rodi
 
  B.  Pra-Pelancaran Manual Seni Bina JKR
 
  C.  Sesi Dialog bersama Pengurusan Tertinggi Disiplin Arkitek
 
  D.  Sesi Rumusan Mesyuarat 
 
  E.  Majlis Persaraan Ketua Disiplin Arkitek Malaysia
 
 
Pihak Urusetia mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua Urusetia yang terlibat dan para Arkitek JKR Malaysia di atas segala kerjasama, perhatian dan komitmen yang telah diberikan di dalam menjayakan Mesyuarat Arkitek JKR Malaysia 2014 ini demi kepentingan dan kecemerlangan Disiplin Arkitek JKR pada masa hadapan
 
Sila klik di sini untuk berita bergambar

Related Posts