English
28 Julai 2015 -  Mesyuarat Pengarah CDPK bersama warga CDPK dan Majlis Hari Raya 2015 telah diadakan pada 28 Julai 2015 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya sebagai meraikan pegawai-pegawai yang telah bersara dan bertukar disamping mengeratkan hubungan diantara kakitangan yang bertugas di Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir.Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra, Dato' Ir.Dr.Roslan bin Md Taha dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, Dato' Sr Abdull Manaf bin Hj Hashim.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan YBrs.Ir.Mohd Jamal bin Sulaiman, Pengarah CDPK dan seterusnya program Interaksi Pengarah CDPK bersama warga CDPK. Di dalam ucapannya, beliau telah memberi penekanan tentang keutamaan untuk melaksanakan transformasi dan perubahan positif di dalam prosedur serta gerak kerja CDPK. Beliau juga menggalakkan warga supaya memperbanyakkan bersedekah dan melakukan amalan-amalan mahmudah yang lain di bulan Syawal ini.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati bagi pegawai yang telah bersara dan bertukar,diikuti dengan Ceramah daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang bertajuk "Menjadi Pekerja Cemerlang Berdasarkan Teori Surah Luqman"
 
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan Cabutan Bertuah, Persembahan Pentas, Pertandingan Gerai Tercantik dan 
juga Pakaian Raya Glamour.
 

Related Posts