English
Salam Sejahtera dan Salam Kegemilangan,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
 
YBhg. Dato' Seri/ Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Untuk makluman, GCERT telah mendapat makluman berkenaan ancaman keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu Ransomware Malware ke atas peralatan TMK seperti komputer/komputer riba/tablet/telefon pintar yang menyebabkan sekatan capaian ke atas peralatan tersebut.
 
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato' Seri/ Dr./Tuan/Puan adalah disarankan untuk mengambil maklum dan tindakan sewajarnya sebagaimana Nota Makluman GCERT Bil. 1/2015 yang dilampirkan dengan SEGERA bagi mengelakkan serangan malware ini.
 
4. Kerjasama pihak YBhg. Dato' Seri/ Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila emelkan ke alamat gcert [at] mampu.gov.my.
 
Sekian, terima kasih.
 
“Bersama-sama Melaksanakan Transformasi"
"Berkhidmat Untuk Negara" 
 
Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Kerajaan (GCERT) 
Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT,
MAMPU, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B, No. 3200, 
Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Related Posts