English

Polisi Pembangunan Lestari JKR telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd. Noor bin Yaacob, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada 17 Julai 2013 bertempat di bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Di peringkat JKR sendiri, banyak inisiatif telah di ambil samada secara bersendirian mahupun secara kolektif. Bagi menentukan semua inisiatif tersebut adalah mempunyai halatuju yang sama, Polisi Pembangunan Lestari JKR ini telah digariskan. Ia adalah sebagai bukti komitmen pengurusan atasan JKR ke arah pembangunan secara lestari. Polisi ini adalah selaras dengan Kerangka Strategik JKR 2012-2015 yang mana salah satu temanya ialah “Memacu Kelestarian”.

Pembangunan Lestari memerlukan komitmen semua pihak secara bersepadu. Penubuhan Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari JKR adalah diperlukan bagi menyepadu, menyelaras dan memantau inisiatif-inisiatif tersebut dan seterusnya merealisasikan Pembangunan Lestari di JKR. Kepakaran-kepakaran sedia ada di dalam JKR dapat digembelingkan melalui penubuhan Jawatan Kuasa Induk dan Jawatan-jawatan Kuasa Kerja di bawahnya. JKR juga komited mengaplikasi inisiatif di atas untuk mencapai persekitaran kerja yang kondusif bagi menerapkan budaya kerja cemerlang dan lestari.

Selepas perasmian tersebut, satu pertunjukkan video berkenaan dengan Polisi Pembangunan Lestari JKR telah ditayangkan kepada seluruh hadirin mesyuarat. Y.Bhg. Dato' Seri Ir. Hj. Mohd. Noor bin Yaacob juga telah menyampaikan polisi tersebut kepada para Timbalan Ketua Pengarah sebagai tanda permulaan pelaksanaan polisi tersebut. Warga JKR juga boleh memuat turun buku polisi tersebut di Portal JKR (Menu Dokumen Terkini).



Bersama ini disertakan flyers, video dan Polisi Pembangunan Lestari JKR Malaysia untuk makluman lanjut.

Related Posts