English
PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH JKR MALAYSIA 
SEMPENA HARI INOVASI JKR MALAYSIA 2015
 
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Pulau Pinang pada 5-6 Oktober 2015 (Isnin-Selasa), pihak Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2015. 
 
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/ Negeri/ Wilayah Persekutuan dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah  ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Pengurusan Aset Alih seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 27 Mei 2015 (Rabu).
 
Sila rujuk Garis Panduan Anugerah 2015 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.(KLIK SINI UNTUK LAMPIRAN)
 
Sekian, terima kasih. 
 
 
Unit Anugerah
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
 

Related Posts