English
PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH JKR MALAYSIA 
SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI KANAN (SOC) JKR  MALAYSIA 2015
 
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Johor Darul Takzim pada 8-10 Jun 2015 (Isnin-Rabu), pihak Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut :
 
1)Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2015
2)Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik 2015
3)Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2015
4)Anugerah Kontraktor Cemerlang 2015
 
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah-anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015 (Rabu).
 
Ringkasan keperluan penyertaan bagi anugerah yang dipertandingkan ini adalah seperti di Lampiran 1. Sila rujuk Garis Panduan Anugerah 2015 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.
 
     
 Anugerah Yang Dipertandingkan  
   
Muat Turun
Garis Panduan 
   
 1. 
 
Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2015
 
  Lampiran A
 
 2.
 
Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik 2015
 
  Lampiran B
 
 3.
 
Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2015
 
  Lampuran C
 
 4.
 
Anugerah Kontraktor Cemerlang 2015
   
  Lampiran D
 
Sekian, terima kasih. 
 
 
Unit Anugerah
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Related Posts