English
Sukacita dimaklumkan, sempena Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) 2014 yang dijadualkan pada 10-12 Jun 2014, sebanyak empat (4) anugerah akan dipertandingkan iaitu: 
 
a)Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik (Rujuk Lampiran A)
b)Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik (Rujuk Lampiran B)
c)Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (Rujuk Lampiran C)
d)Anugerah Kontraktor Cemerlang(Rujuk Lampiran D)
 
Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/ Negeri/ Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah-anugerah di atas dengan mengisi borang-borang penyertaan dan menyediakan laporan/ ringkasan eksekutif (bergantung kepada syarat penyertaan anugerah) seperti yang dinyatakan dalam setiap garis panduan yang dilampirkan  dan dihantar kepada Urus Setia Anugerah JKR selewat-lewatnya pada 31 Januari 2014 (Jumaat).  
 
Sekian, terima kasih.
 
Urus Setia Anugerah JKR
Bahagian Pengurusan Kualiti, CPK.

Related Posts