English

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Hari Inovasi JKR Malaysia 2013 yang dijadualkan diadakan pada 18-19 November 2013, sebanyak dua (2) anugerah akan dipertandingkan iaitu:

a)    Anugerah Inovasi JKR ( Rujuk Lampiran I )
b)    Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ( Rujuk Lampiran J )

Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/ Negeri/ Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah-anugerah di atas dengan mengemukakan borang penyertaan dan laporan/ ringkasan eksekutif (bergantung kepada syarat penyertaan anugerah) seperti yang dinyatakan dalam setiap garis panduan yang dilampirkan  kepada pihak urus setia selewat-lewatnya pada 21 Jun 2013 (Jumaat).

Ringkasan keperluan penyertaan bagi semua anugerah yang dipertandingkan adalah seperti di Lampiran 1. Sila rujuk Lampiran I dan J untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Related Posts