English
PEMBUKAAN JALAN PELABUHAN UTARA – PELABUHAN BARAT, FT180 (MENGHALA KE PELABUHAN BARAT) DAN PENUTUPAN JALAN PELABUHAN UTARA – PELABUHAN BARAT, FT180 (MENGHALA KE PELABUHAN UTARA) BAGI PROJEK REKA DAN BINA JEJAMBAT MELINTASI LANDASAN KERETAPI DI JALAN PELABUHAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
 
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ingin mengumumkan bahawa jejambat baru ramp-up di Jalan Pelabuhan Utara – Pelabuhan Barat, FT180 menghala ke arah Pelabuhan Barat akan dibuka semula kepada semua kenderaan mulai 15 Ogos 2014. 
 
Serentak dengan pembukaan laluan tersebut juga, laluan sediada iaitu jejambat ramp-down di Jalan Pelabuhan Utara – Pelabuhan Barat, FT180 menghala ke arah Pelabuhan Utara akan mulai ditutup kepada semua kenderaan mulai 16 Ogos 2014.  Tempoh penutupan ini dijadualkan mengambil masa selama 6 bulan bermula dari 16 Ogos 2014 hingga 15 Februari 2015.
 
Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan kerja-kerja meroboh jejambat sediada untuk disambungkan dengan jejambat baru sebagai laluan terus melintasi landasan keretapi. Kerja-kerja yang terlibat adalah meroboh jejambat sedia ada, kerja tanah, pengalihan utiliti, pembinaan cerucuk jejambat, pembinaan tembok penahan tanah dan pelancaran rasuk jejambat.
 
Sila klik di sini untuk makluman lanjut

Related Posts