English
BERITA TERKINI 
 
 
 
 JKR merupakan sebuah agensi teknikal utama kerajaan yang menjadi peneraju kepada agenda pembangunan negara khususnya dalam menyedia dan menyiapkan projek infrastruktur dan prasarana. Aspek penyelidikan dan pembelajaran yang berterusan juga menjadi satu elemen penting dalam meningkatkan mutu kualiti kerja untuk mencapai visi JKR menjadi agensi memberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan projek, pengurusan aset dan perkhidmatan kejuruteraan. Sehubungan dengan itu, hasil penyelidikan dan kertas kerja warga JKR telah dikumpul dan dimuatkan dalam satu majalah ilmiah iaitu JURNAL JKR 2014. 
 
  Penerbitan JURNAL JKR 2014 ini adalah merupakan kesinambungan dari terbitan pertama JURNAL JKR dahulu. Objektif utama penerbitan jurnal ini adalah sebagai platform untuk menyebarkan hasil penyelidikan dan kertas kerja serta berkongsi pencapaian staf-staf JKR seluruh Malaysia. Sebahagian besar hasil penyelidikan, kertas kerja dan artikel yang dimuatkan dalam JURNAL JKR 2014 ini telah pun dibentangkan sama ada di persidangan atau seminar peringkat antarabangsa. 
 
 Jabatan berharap JURNAL JKR 2014 ini akan memberi manfaat dan dapat menggalakkan budaya membaca seterusnya menjadi inspirasi serta galakan kepada seluruh warga JKR untuk menghasilkan kertas kerja dan penyelidikan pada masa akan datang serta menjadi pemangkin dalam melestarikan kecemerlangan JKR.

Related Posts