English

JKR sebagai agensi teknikal utama kerajaan harus menjadi peneraju utama kepada agenda pembangunan negara khususnya dalam menyedia dan menyiapkan projek infrastruktur dan prasarana. JKR juga mempunyai visi untuk menjadi agensi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif. Untuk mencapai visi ini, warga JKR perlu lebih kompeten dalam mengurus tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Kerajaan dan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar mutu kualiti kerja dan daya saing dalam diri masing-masing turut dapat ditingkatkan. Selaras dengan hasrat tersebut, JKR kini telah menerbitkan majalah ilmunya yang tersendiri iaitu JURNAL JKR.   

Objektif utama penerbitan jurnal ini adalah sebagai salah satu platform bagi menyebarkan penemuan hasil penyelidikan warga JKR serta tempat berkongsi idea dan pengalaman antara sesama warga dan juga dengan agensi pelanggan, industri, institusi pendidikan dan institusi penyelidikan kejuruteraan yang lain. Penerbitan jurnal ini adalah dijadualkan pada setiap enam (6) bulan sekali. Dalam edisi sulung jurnal ini, beberapa kertas kerja warga JKR dari pelbagai bidang yang telah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa telah dimuatkan. Salah satu daripada kertas kerja ini telah pun berjaya mendapat anugerah Andrew Grant Award dari University of Edinburgh, United Kingdom. Sesungguhnya kejayaan ini adalah suatu perkara yang membanggakan dan mencerminkan kualiti kajian yang dijalankan oleh warga JKR.

Jabatan berharap kelahiran jurnal ini akan dapat menggalakkan percambahan minda di kalangan warga JKR serta memberi manfaat kepada para pembaca dan menjadi sumber motivasi untuk bakal pengkaji dan penulis artikel ilmiah di masa akan datang. Warga JKR yang berilmu dan kompeten pasti akan dapat menggerakkan transformasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif kepada rakyat.

Sila klik di sini untuk paparan Jurnal JKR (Bil 1: Januari-Jun 2013)

*Kini Jurnal JKR boleh diakses melalui Laman Sesawang J-Library (J-Library>Artikel)

Related Posts