English

JKR sebagai sebuah organisasi teknikal terbesar kerajaan dan dengan kepelbagaian pemegang-taruh (stakeholder) yang mempunyai keperluan dan kehendak yang semakin mencabar, JKR perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaiannya secara berterusan. Sehubungan dengan itu sebelum kita mengorak langkah seterusnya dan sebagai salah satu inisiatif untuk kita menentukan organisasi kita berada di landasan yang jelas, satu kaji selidik akan dijalankan.

Kaji selidik yang dijalankan ini merangkumi persoalan terhadap kepimpinan, rekabentuk, budaya, kakitangan dan pengurusan dalaman JKR. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan untuk menjawab soalan kaji selidik tersebut dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pengalaman/perspektif/pandangan/harapan sepanjang berkhidmat di JKR bagi memastikan outcome yang diterima dapat memaparkan gambaran sebenar keupayaan JKR.

Sekian, terima kasih.

Related Posts