Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun kedua-dua borang tersebut:-
i) Borang Penilaian Prestasi Pegawai CFS Tahun 2013
ii) Borang Penilaian Khas (Sikap) Pegawai CFS
Pegawai CFS diminta untuk melengkapkan kedua-dua borang tersebut mengikut arahan yang dinyatakan di dalam borang dan dikembalikan ke pejabat ini melalui fasilitator masing-masing selewat-lewatnya 20 Disember 2013. Borang-borang tersebut yang telah siap diisi perlulah dikembalikan ke pejabat ini dialamatkan kepada:-
Ketua Bahagian
Dasar Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Korporat
Tingkat 4, Blok F (Anjung Kanan)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur
Selain daripada itu, dipohon kerjasama daripada semua Pegawai CFS untuk mengemaskini maklumat di dalam Sistem Maklumat Pegawai – Kerja Jabatan (My-KJ) yang boleh dicapai di alamat https://mykj.jkr.gov.my.
Jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara-perkara di atas, sila hubungi pegawai-pegawai berikut :-
a) Ir. Nurrul Hudha Haryati Bt Am
03-2610 8219
Nurrul [at] jkr.gov.my
b) Cik Nurul Hidayah binti A. Aziz
03-2610 8111
NurulH [at] jkr.gov.my
c) Cik Nurul Farhana Bt Nasri
03-2610 8319
NFarhanaNasri [at] jkr.gov.my
Kerjasama pegawai-pegawai CFS berhubung perkara-perkara di atas amatlah diharapkan bagi melancarkan urusan perlanjutan kontrak dan pembayaran gaji. Perhatian dan tindakan segera pegawai-pegawai CFS amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh: Bahagian Dasar Sumber Manusia, CPK
Related Posts
- 1055 reads